Windows 10 Review - Terowong Informasi

Breaking News

Windows 10 Review



Kepada pengguna Malaysia, ada sesetengah anda telah menerima notification dari Microsoft untuk upgrade perisian OS anda ke Windows 10 secara percuma. Kepada pengguna Windows 7 dan Windows 8 sahaja menerima upgrade untuk ke Windows 10 manakala pengguna Windows XP tidak mempunyai pelepasan tersebut. Hari ini, bro akan buat sedikit review mengenai Windows 10 ini bagus ataupun tidak :

Muat Turun

Windows 10

Untuk muat turun OS ini, anda memerlukan internet yang tinggi kerana saiz untuk download OS Windows 10 ini adalah sebanyak 2GB. Saiz yang cukup besar ini semasa bro download mengambil masa selama 30 minit dengan menggunakan perkhidmatan Unifi. Bro tidak mengesyorkan anda menggunakan broadband kerana takut kouta data anda akan habis sekelip mata.

Tempoh Install Windows 10

Windows 10

Bagi tempoh untuk install Windows 10 ini mengambil masa yang agak lama bergantung pada performance PC / Laptop anda sendiri. Bagi PC bro, ia mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk menghabiskan masa installation.

Windows 10 Home Atau Windows 10 Pro

Jika anda sebelum ini pengguna Windows 7 Starter, Home Basic dan Home Premium, anda akan dapat Windows 10 Home semasa proses upgrade OS anda tersebut manakala bagi pengguna Windows 7 Profesional dan Ultimate, anda akan mendapat Windows 10 Pro. Ia sama juga kepada pengguna Windows 8. Ia membezakan sama ada anda menggunakan yang basic atau yang Pro sahaja.

Pandangan Pertama Windows 10

Ia nampak sama tetapi susah bagi bro mencari aplikasi di start button. Bro jarang guna OS Windows 8 dan banyak menggunakan Windows 7 untuk kerja harian di PC. Mungkin sebab itu, bro rasa janggal sedikit bila menggunakan Windows 10 ini. Bagi anda biasa menggunakan Windows 8, ia pasti tidak mendatangkan masalah.

Menarik Pada Windows 10

Windows 10
Windows 10

Apa yang menarik bro boleh lihat pada OS ini adalah pada taskbar. Nampak clean dan icon menarik pada Windows 10 ini. Selain itu, Internet Explorer yang kita kenali dahulu sudah berbeza dan kini digelar Microsoft Edge tapi ada sedikit bro tidak suka akan Microsoft Edge ini, loading dia masih lambat berbanding Google Chrome. Selain itu, terdapat aplikasi baru yang dipanggil Cortana yang nampak agak menarik.

Spesifikasi Untuk Windows 10

Windows 10

Jika anda berminat untuk dapatkan Windows 10 ini, pastikan Laptop / PC anda mempunyai sekurang-kurangnya 1GHz Processor ataupun Processor yang lebih pantas , RAM 1 GB untuk 32-Bit OS dan 2GB-64 Bit OS, Graphic Card mesti menyokong DirectX 9 atau terbaru termasuk dengan WDDM 1.0 Driver dan akhir sekali Display minimum adalah 800x600.

Jumlah Skor Yang Di Beri

Pada pandangan Bro mengenai Windows 10 ini, bro boleh beri 8/10. Kenapa Bro tidak beri markah penuh kerana terdapat aplikasi yang tidak perlu ada pada Windows 10 seperti Microsoft Store, XBox dan pelbagai lagi. Bro tidak mementingkan aplikasi itu pada Windows 10 ini. Itu sahaja pandangan Bro mengenai Windows 10 ini.

No comments