Lebuhraya EDL Di Tutup Sementara Mulai 10 Ogos - Terowong Informasi

Breaking News

Lebuhraya EDL Di Tutup Sementara Mulai 10 Ogos



Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) akan ditutup sementara mulai 10 Ogos hingga Disember bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan dengan selamat dan cekap di lorong-lorong terlibat.


MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd (MLSSB) dalam satu kenyataannya berkata penutupan itu akan dilakukan secara berperingkat di sepanjang tempoh berkenaan. Pemandu yang menggunakan EDL juga dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda yang akan dipasang di kawasan terbabit, selain merancang perjalanan ke tempat kerja atau destinasi lain agar bergerak lancar.

Sumber : TV Selatan

No comments