Honda C90 Limo Edition Hasil Anak Johor
Peminat kapcai pasti akan memilih jenama Honda kerana kualiti, ketahanan dan alat ganti yang mudah didapati di negara ini. Rakyat Malaysia memang diakui kreatif dalam arena permotoran terutama dalam modifikasi.
Hari ini gempar mengenai seorang mekanik di Johor telah berjaya menyiapkan Moto Kapcai Honda C90 Limo Edition. Ia adalah satu-satunya motosikal Limo di dunia ini. Bangga dengan hasil rekaan mereka ini dan menjadi kebanggaan terutamanya anak Johor. Lokasi motosikal Limo Edition ini terletak di Usahawan Automobile, Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor. Difahamkan, motosikal ini akan menjalani konvoi semperna kemerdekaan negara yang ke 58 tahun.
No comments
Post a Comment