Mayat Kanak-Kanak Berusia Ratusan Tahun Masih Sempurna - Terowong Informasi

Breaking News

Mayat Kanak-Kanak Berusia Ratusan Tahun Masih Sempurna


Rosalia Lombardo

Terdapat satu mayat yang berusia ratusan tahun dijumpai masih sempurna walaupun dimakan usia. Mayat ini dikenali Rosalia Lombardo, yang meninggal ketika berusia 2 tahun kerana dijangkiti penyakit paru-paru. Mayat ini cukup popular dan menjadi sebutan para media luar negara kerana ia tidak reput dan kelihatan seperti budak sedang tidur.

Rosalia Lombardo masih kelihatan sempurna walaupun telah meninggal ratusan tahun sebenarnya ia telah di awet oleh bapanya sendiri kerana sedih puteri kesayangannya telah meninggal dunia. Bapanya menyuruh seorang bernama Alfredo Salafia mengawetkan anak untuk menemani bapanya.

Rosalia Lombardo

Menurut kajian, tubuh Rosalia Lombardo kemungkinan bertahan kerana penggunaan formalin, alcohol dan glycerin. Semuanya untuk mencegah tubuhnya dari membusuk dan menyusut. Disebabkan keunikan mumia ini, ia digelar sebagai sleeping beauty of the Capuchin Catacombs.

Kini,mumia Rosalia Lombardo disimpan di sebuah bilik bawah tanah di Selatan Itali. Ada satu isu misteri mengatakan beberapa orang pernah melihat Rosalia Lombardo sedikit membuka matanya ketika melihatnya.

No comments