Ustaz Kazim Bidas Kenyataan Azalina Othman - Terowong Informasi

Breaking News

Ustaz Kazim Bidas Kenyataan Azalina Othman


Pegang Peluk Cium

Baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias telah memuatnaik status yang sekian lama mendiamkan dari laman sosialnya. Ini semua kerana seorang Menteri yang baru dilantik ketika rombakan kabinet tempoh hari membuat kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak berasas. Ia berhubung adegan dan peluk dalam drama atau filem tempatan yang mengatakan ia tidak mengundang perkara maksiat. Lantas itu, Ustaz Kasim membidas dalam kenyataan beliau :

Pegang Peluk Artis

Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan..disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan.. Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...

Dalam teks muat naik yang dilakukan oleh Ustaz Kazim ini menunjukkan beliau bantah dengan kenyataan oleh menteri tersebut. Beliau merupakan satu-satu ahli agama yang membuat kenyataan bidas pada menteri ini tetapi di mana tokoh agama dan majlis agama yang sepatutnya menegur menteri terbabit? Adakah Jabatan Agama tidak membuat apa-apa tindakkan ke atas menteri tersebut kerana kebal dalam jawatan "Menteri"? Jangan Jabatan Agama sekadar tempat rujukkan kahwin dan cerai sahaja.. Fikir-fikirkan lah.

No comments