26 Ekor Anak Lipas Ditemui Dalam Lubang Telinga
Lelaki yang berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Li telah berjumpa dengan doktor untuk membuat satu pemeriksaan kerana sakit pada bahagian dalam telinganya. Rasa kesakitan yang beliau alami ketika mahu tidur di waktu malam dan beliau telah meminta rakan serumahnya memeriksa apa yang ada dalam telinganya tetapi rakannya tidak dapat melihat apa-apa sekalipun.
Dengan rasa tidak sedap hati, Li berjumpa dengan doktor dan mendapat berita bahawa terdapat anak lipas di dalam telinga beliau. Doktor memaklumkan punca anak lipas berada dalam telinga beliau kerana terdapat telur lipas didalamnya sehingga telur lipas tersebut menetas menjadi anak lipas. Sebanyak 26 ekor anak lipas ditemui ketika proses pengeluaran anak lipas tersebut dijalankan.
No comments
Post a Comment