Tiram Dan Kerang Beracun - Terowong Informasi

Breaking News

Tiram Dan Kerang Beracun


Tumpat: Orang ramai dilarang melakukan aktiviti memungut, menjual dan makan tiram serta kerang di kawasan Perairan Sungai Geting, di sini, kerana mengandungi racun Plankton Alexandrium sp yang boleh mengakibatkan kematian.
Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Mohd Rafi Hasan berkata, racun dan bakteria itu ditemui melalui kajian yang dijalankan Universiti Malaya awal tahun lalu.

Katanya, racun berkenaan boleh membawa kepada cirit-birit dan sakit serta menyebabkan kematian kepada pengguna.

"Kita sudah mengambil contoh air di kawasan Sungai Geting untuk dibuat kajian penyakit di Pusat Pendidikan Perikanan di Batu Maung Pulau Pinang.

"Hasil kajian itu dijangka siap hujung minggu ini dan semua aktiviti memungut, mengutip dan menjual hasil laut itu kini disekat," katanya ketika dihubungi tadi.-HMetro

No comments