Bandar Yang Mengharamkan Telefon Bimbit Dan WiFi - Terowong Informasi

Breaking News

Bandar Yang Mengharamkan Telefon Bimbit Dan WiFi


Pocahontas County

Pocahontas County yang terletak di West Virginia, Amerika Syarikat merupakan satu-satu bandar yang mengharamkan telefon bimbit dan akses tanpa wayar (WiFi). Pengharaman telefon bimbit dan akses tanpa wayar ini kerana terdapat satu teleskop radio terbesar dunia, Green Bank Teleskop. Pihak Green Bank Teleskop berkata, mereka tidak mahu terdapat gelombang yang mengganggu kelancaran teleskop ini melakukan operasi. Radio juga tidak boleh beroperasi melainkan terdapat stesen radio yang mengeluarkan frekuensi yang rendah sahaja dibenarkan.

Pocahontas County
Pocahontas County

Bandar yang mempunyai populasi penduduk sebanyak 8,667 orang ini tidak mempunyai masalah atas undang-undang pengharaman dilakukan. Mereka lebih suka akan undang-undang ini kerana menjadikan bandar mereka ini bandar paling aman di dunia. Jika anda benar-benar mahu menggunakan telefon, terdapat satu pondok telefon yang menggunakan sistem lama boleh digunakan.

Pocahontas County

Jika lihat sekitar bandar ini, ia sangat cantik dan tenang bila ke lokasi ini. Sesuai untuk dijadikan tempat menenangkan fikiran tanpa diganggu oleh sesiapa. Ia seumpama sewaktu kita hidup dahulu yang tidak bergantung pada alat elektronik berbanding sekarang ini.

2 comments

mommy kemai said...

waaaah tak bole imagine tadek wifi di zaman sekarang!

Terowong Informasi said...

kalau majoriti orang tua duduk situ, xde masalah kot