Gambar Johor Bahru Sekitar Tahun 1990 - Terowong Informasi

Breaking News

Gambar Johor Bahru Sekitar Tahun 1990


johor bahru

Johor Bahru dahulunya sebuah perkampungan nelayan tetapi kini telah bertukar wajah menjadi sebuah bandaraya yang pesat membangun. Johor Bahru juga merupakan bandar paling selatan tanah air negara dan menjadi pintu masuk utama kepada pelancong dari negara jiran kita, Singapura.

Merlin Tower Johor Bahru

Pada tahun 1990 an, Johor Bahru merupakan lokasi bro berjalan-jalan ketika waktu kecil dahulu bersama arwah abah menjadikan bandar ini banyak nostalgia terpalit di bandaraya ini. Johor bahru ketika itu bukan Johor Bahru yang sekarang. Ia sangat berbeza kerana pembangunan yang rancak ketika era itu. Lihat sahaja gambar pengangkutan awam, Alec Bus, ia sangat rare ketika itu.

Alec Bus

Ia merupakan pengangkutan utama bagi penduduk Johor bahru ketika itu. Nama Alec Bus sudah tinggal memori yang sangat lama. Sesiapa yang lahir pada era 70an sehingga 90an sahaja mengenal bas ini. Jika anda memerhati gambar bas ini betul-betul, di belakang itu merupakan tapak pasar awam yang kini adalah City Square. Di situ, ia merupakan pasar awam yang utama di sekitar Johor bahru tetapi telah dipindahkan ke Larkin. Mungkin ia tidak sesuai pasar tersebut berada di tengah bandar.

Flat Bukit Cagar Johor Bahru

Banyak bangunan lama masih berada di bandaraya ini. Jika bro berkesempatan ke bandar ini, rasa terharu melihat bangunan tersergam indah atas pemodenan yang rancak dilakukan. Walaupun kini bro menetap di ibu kota Kuala Lumpur, nama Johor Bahru pasti tidak akan hilang dalam hati ini. Ia akan tersemat sampai bila-bila.

 

2 comments

Unknown said...

bangga jadi anak johor... singgah... klikklikklikklik... aiskrim..aiskrim...

Terowong Informasi said...

huhu. kawan pon bangga juga