Perbezaan Asam Pedas Johor Dan Melaka
Asam Pedas merupakan masakan yang tidak asing bagi anda terutamanya suri rumah. Masakan ini boleh dijumpai di mana-mana rumah dan gerai tanpa mengikut hari tertentu. Cara penyediaannya adalah berbeza mengikut negeri yang anda diami.
Asam Pedas selalunya kita dengar adalah asam pedas Melaka kerana jika kita ke Negeri Melaka, menu asam pedas merupakan menu wajib rasa. Tapi ramai yang tidak tahu, apakah perbezaan antara Asam Pedas Johor dan Melaka. Jika anda perhatikan dan amati perbezaan asam pedas ini, ia tidaklah jauh beza kerana ia masih dalam kategori asam pedas. Ada yang suka letak ikan pari, ikan kembung, ayam dan sebagainya.
Berikut adalah perbezaan antara Asam Pedas Johor Dan Melaka :
Asam Pedas Johor
- Kuah Asam Pedas Johor lebih pekat.
- Penggunaan daun kesum
- Bau asam pedas yang agak ringan dan lembut
- Ada sesetengah letak sawi jeruk
- Warna asam pedas yang merah menyala
Asam Pedas Melaka
- Kuah Asam Pedas yang cair
- Asam pedas kosong sahaja atau diletakkan bendi
- Bau yang sangat kuat dan rasa
- Penggunaan daun limau purut dalam asam pedas
- Warna asam pedas agak keperangan.
Nota : Rasa lapar plak. Ada sesiapa mahu belanja Bro Asam Pedas?
No comments
Post a Comment