Pemilik Mercedes Benz S63 AMG Belasah Kereta Sendiri
Berang apabila kereta mewah, Mercedes Benz S63 AMG asyik terhenti sendiri, pemilik kereta tersebut membelasah habis-habisan keretanya dengan sebatang kayu golf. Kejadian ini berlaku di Korea Selatan baru-baru ini.
Menurut laporan 9News Australia, kereta lelaki berkenaan mengalami gejala enjin terhenti secara tiba-tiba semasa memandu dalam beberapa kali. Lelaki tersebut meminta keretanya ditukarkan kepada yang baru tetapi syarikat penjual tersebut tidak membernarkannya. Dengan tidak berpuas hati, pemilik kereta tersebut bertindak membelasah kereta tersebut yang disaksikan oleh orang ramai.
Dengan kejadian ini, ia telah menjadi viral di laman sosial ketika ini.
Nota: Jangan fikir kereta proton aje bermasalah, kereta jenama lain pon bermasalah. Buatan manusia semua sama..
No comments
Post a Comment