Restoran Kenakan Denda Jika Tidak Habis Makan - Terowong Informasi

Breaking News

Restoran Kenakan Denda Jika Tidak Habis Makan


denda makanan

Terdapat satu restoran makanan laut di Sapporo, Jepun mengenakan denda terhadap pelanggan jika jika menghabiskan makanan yang dipesan walaupun sebutir nasi, ia tetap di kira.

Restoran Makanan Laut Hachikyo mengenakan denda tersebut terhadap pelanggan yang tidak habiskan makanan kerana ia memberi kesedaran untuk menghargai makanan, memandangkan banyak negara di luar sana mengalami kekurangan bekalan makanan.

makanan laut
makanan laut

Cara hidangan restoran ini boleh dikatakan banyak sehinggakan hidangan makanan tersebut kelihatan membukit dan pasti sukar untuk dihabiskan. Sebelum pelayan restoran mengambil pesanan, mereka akan diperjelaskan terlebih dahulu peraturan sebelum memesan sebarang jenis makanan tersebut dan adakah mereka mampu menghabiskannya. Jika pelanggan bersetuju, barulah hidangan dipesan dihantar ke meja untuk dijamu.

restoran jepun

Jika anda didapati tidak berjaya menghabiskan makanan tersebut, bayaran denda akan dikenakan tetapi duit denda tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung khas untuk badan amal. Dengan cara ini, ia dapat mendidik masyarakat akan pentingnya menghargai makanan dari pembaziran.

No comments