Polis Sahkan Mayat Bersimen Adalah Morais - Terowong Informasi

Breaking News

Polis Sahkan Mayat Bersimen Adalah Morais


Anthony Kevin Morais

Polis klasifikasikan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais sebagai selesai selepas penemuan mayatnya pagi tadi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh. 

Anthony Kevin Morais

Beliau berkata, motif pembunuhan Morais berkaitan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun dan suspek utama itu sudah ditahan semalam. Dalam sidang media di sini, beliau berkata, polis sudah menahan tujuh individu yang ada kaitan dalam kes pembunuhan Morais, berusia antara 22 hingga 52 tahun.

Anthony Kevin Morais

Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lima orang yang dianggap suspek utama manakala dua lagi iaitu wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama. Dalam pada itu, polis percaya kereta terbakar di Hutan Melintang, 99 peratus ada kaitan dengan kes bunuh Morais berdasarkan kesan kemalangan. Polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Morais, katanya.-BHonline

Nota : Kes bunuh makin dahsyat di negara kita lagi-lagi orang kenamaan..

No comments