Tips Menghadapi Jerebu
Pada ketika ini, Kuala Lumpur dan Selangor menghadapi jerubu yang amat teruk pada tahun ini. Jika kita pandang ke luar tingkap, hanya kelihatan asap yang memenuhi ruang udara. Dalam keadaan jerebu ini, pasti ia akan membantutkan aktiviti anda terutamanya aktiviti luar.
Bro akan kongsikan satu tips yang berkesan dan mudah jika kawasan anda menghadapi jerebu. Tips-tipsnya adalah :
1) Minum air masak 8-10 gelas atau 2 liter sehari.
- Minum air yang banyak adalah penting untuk tubuh kita kerana kita banyak menyedut udara yang tercemar dan menyebabkan tekak terasa kering semasa melakukan sesuatu aktiviti.
- Bagi yang memandu kereta disarankan menutup tingkap dan gunakan penghawa dingin kerana ia dapat mengurangkan penyedutan udara yang tercemar di luar sana.
- Aktiviti luar rumah merupakan rutin harian bagi setiap orang. Jika anda perlu keluar untuk urusan penting, ia boleh dilakukan tetapi anda perlu menyediakan perlindungan semasa jerebu. Jika boleh, kurangkan perjumpaan di luar, lakukan di dalam premis sahaja.
- Ia merupakan perkara yang amat penting untuk kita praktikkan. Ia dapat mengurangkan kotoran pada bahagian muka, hidung dan tangan kita selepas melakukan aktiviti luar. Kualiti udara semasa jerebu sebenarnya tidak bagus kerana terdapat molekul-molekul habuk yang kecil yang boleh mengancam kesihatan manusia tanpa kita sedari. Jadi, lakukan pencegahan terlebih dahulu.
5) Dapatkan nasihat doktor
- Jika anda menghadapi masalah kesihatan semasa jerebu seperti asma, sakit tekak, selsema dan deman, anda diwajibkan berjumpa dengan doktor yang berdekatan dengan rumah anda untuk dapatkan rawatan. Jangan ambil ringan perkara ini terutama kepada kanak-kanak. Ia boleh mengancam nyawa.
6) Pakai topeng muka semasa di luar rumah
- Pemakaian topeng muka merupakan langkah yang baik bagi pencegah penyedutan udara yang tercemar semasa jerebu. Topeng muka jenis N95 merupakan topeng terbaik untuk anda gunakan semasa di luar rumah. Ia dapat mengurangkan kadar molekul udara kotor ketika anda menyedut udara. Bagi yang memakai topeng muka surgery, tambahkan tisu lembab pada topeng tersebut bagi menangkis udara kotor tersebut.
Ini merupakan beberapa tips 'basic' yang anda boleh praktikkan semasa jerebu melanda negara. Jika ada tips lain yang boleh anda kongsikan, bolehlah share di ruang komen yang disediakan.
No comments
Post a Comment