Bacaan IPU Antara Malaysia Dan Singapura Berbeza - Terowong Informasi

Breaking News

Bacaan IPU Antara Malaysia Dan Singapura Berbeza


Jerebu 2015

Masalah jerebu di negara ini semakin menruncing terutama di bahagian Lembah Klang yang mencatatkan IPU tidak sihat. Lokasi IPU paling tinggi adalah di Shah Alam yang mencatat 300 IPU baru-baru ini.

Jerebu 2015

Apa yang menghairankan Bro adalah mengenai bacaan IPU yang berbeza yang dicatatkan oleh Singapura dan Malaysia. Ini kerana alat bacaan IPU negara masing berbeza. Di Singapura, mereka menggunakan parameter 2.5 micrometer (PM2.5) manakala Malaysia menggunakan 10 micrometer (PM10). Ini bermakna, Singapura mengambil kira habuk halus berbanding di Malaysia yang mementingkan habuk kasar.

Jerebu 2015

Kadang kala, bila kita melihat jerebu teruk di lokasi anda dengan mata kasar, bacaan diterima masih dibawah 150 IPU dan ia meragukan rakyat di negara ini. Mujur terdapat satu wawancara yang berlangsung di TV 1 baru-baru ini yang menjelaskan mengapa ini terjadi. Apa yang memeranjatkan adalah, alat bacaan jerebu yang digunapakai masih dikategorikan mesin lama dan kerajaan akan membeli alat bacaan 2.5 micrometer (PM2.5) ini pada tahun 2017 nanti. Kenapa perlu tunggu 2017 nanti bukannya sekarang?

No comments