Kenderaan UBER Dihalang Memperbaharui Cukai Jalan - Terowong Informasi

Breaking News

Kenderaan UBER Dihalang Memperbaharui Cukai Jalan


Uber Malaysia

Kenderaan persendirian yang menjalankan aktiviti UBER atau GrabCar akan diharamkan untuk memperbaharui cukai jalan berkuat kuasa hari ini. Ini merupakan langkah terakhir pihak Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) untuk membanteras kegiatan Uber dan Grabcar.

Pihak SPAD akan membuat intipan dan penyamaran untuk mengumpul bukti pemandu yang melakukan aktiviti haram ini. Kenderaan yang didapati bersalah boleh disita mengikut seksyen 225 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Operasi ini akan dijalankan bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Uber Malaysia

Perkhidmatan Uber dan Grabcar semakin popular di sekitar Lembah Klang kerana keselesaan penumpang diutamakan menjadikan ia pilihan terbaik untuk kemana sahaja dengan kadar yang murah. Bro tidak pernah mencuba perkhidmatan ini tetapi tahu kewujudannya yang menjadikan pemandu teksi malaysia berang dengan perkhidmatan yang menggangu periuk nasi mereka. Bro difahamkan, untuk menjadi pemandu teksi di Malaysia, anda memerlukan lesen PSV yang sah dan permit untuk menjalankan aktiviti ini tetapi untuk melakukan aktiviti Uber, ia adalah percuma dan tanpa lesen PSV, anda boleh membawa penumpang.

Uber Malaysia

Mungkin inilah punca mengapa Uber dan Grabcar diharamkan di Malaysia walaupun perkhidmatan Uber atau Grabcar hampir ada di seluruh dunia terutama di negara maju. Walaupun ia diharamkan, ia merupakan sistem yang sangat bagus yang dilakukan oleh pihak Uber Dan Grabcar tanpa usul penipuan terhadap pelanggan. Pihak kerajaan perlu mengkaji semula apakah kelemahan perkhidmatan awam terutamnya teksi yang menjadikan pengguna beralih kepada perkhidmatan Uber atau Grabcar.

No comments