Jumlah Keseluruhan Series Kartun Doaremon - Terowong Informasi

Breaking News

Jumlah Keseluruhan Series Kartun Doaremon


Doraemon

Doraemon merupakan kartun yang amat popular sehingga kini walaupun kewujudannya bermula pada tahun 1979. Satu karya kartun yang masih bernilai walaupun kartun ini sudah mencecah lebih 30 tahun.

Doraemon Last Episode

Jumlah keseluruhan series kartun ini adalah berjumlah 1787 episode. Tapi, masih ramai yang tidak tahu apakah kesudahan episode Doraemon ini kerana ia tidak ditayangkan di televisyen. Di Malaysia, siaran ulangan kerap dilihat dan menyebabkan kartun ini tidak tahu apakah kesudahannya.

Doraemon

Apa yang kita lihat dari kartun Doraemon ini, Nobita yang kita kenal merupakan budak yang lembab dan malas bila melakukan kerja sekolah beliau. Setiap kali peperiksaan, markah "0" kerap beliau dapat dan sering dimarahi oleh ibunya.

Akan tetapi, sesudah dewasa, Nobita merupakan insan genius di Jepun. Mungkin pengalaman silam beliau bersama Doraemon, membuatkan beliau berdikari dalam hidup beliau setelah Doraemon rosak. Dari situlah bermulanya Nobita yang sebenar. Video di bawah ini merupakan episode terakhir Doraemon. Apa kata anda tonton dan hayatinya..

 

No comments