Page Jadilah Seperti Rashid Semakin Hambar - Terowong Informasi

Breaking News

Page Jadilah Seperti Rashid Semakin Hambar


Jadilah Seperti Rashid Hambar

Jika anda perasan, Page Jadilah Seperti Rashid di laman Facebook semakin hambar kerana kurang kemaskini berbanding sebelum ini. Semasa permulaan wujudnya Page tersebut, apa yang Bro perasan, 1 hari lebih kurang 10 post dikemaskini dan kini, 1 hari hanyalah satu dan kadang kala tiada langsung.

Jadilah Seperti Rashid Hambar

Adakah admin page Jadilah Seperti Rashid hilang idea atau nasihat untuk diketengahkan lagi? Bro sudah jangkakan sejak dari awal lagi. Update terlalu kerap pasti akan menghilangkan idea untuk dikemaskini. Dahulu komen page tersebut boleh dapat ribuan orang dan kini hanyalah puluhan orang. Kepada admin Page Jadilah Seperti Rashid, anda silap mengatur perjalanan anda sebagai admin page tersebut. Anda sepatutnya merahsiakan identiti anda dan bukannya mengenalkan diri kepada anda terutamanya di media.

Amran Fans

Page seperti Amran Fans, KHK dan seangkatannya, mereka tidak menunjukkan siapa mereka. Mereka berjaya menyembunyikan identiti mereka dari dahulu sehingga kini. Pengikutnya sejak dari dahulu lagi mahu mengetahui siapakah admin tersebut tetapi tidak berjaya. Jika berbuat seperti ini, setiap post ada ada 'value' kepada pengikutnya. Mungkin pada Jadilah Seperti Rashid akan meninggalkan sejarah sahaja dan bakal kekurangan pengikut kerana page semakin hambar.

No comments