Jurulatih Malaysia U-23 Frank Bernhardt Bijak - Terowong Informasi

Breaking News

Jurulatih Malaysia U-23 Frank Bernhardt Bijak


Metro Ahad

Keratan akhbar bahagian sukan pada Metro Ahad pada hari ini mengetengahkan mengapa Frank Bernhardt tidak berminat memilih penolong jurulatih tempatan sebagai pembantunya tetapi beliau mahukan 'orang luar'. Sebenarnya, beliau sangat bijak dalam menguruskan pasukannya. Bukan beliau sombong, tetapi tidak mahu satu 'permainan' akan terjadi.

Jurulatih tempatan berseloroh mengatakan beliau sombong kerana tidak mahu memilih jurulatih tempatan sebagai pembantunya yang kononya mereka akan dapat mempelajari taktikal yang dilakukan oleh Frank Bernhardt sepanjang bersama skuad Harimau Malaya U-23. Dalam pemikiran jurulatih Frank Bernhardt, jika beliau memberi segala ilmu kepada jurulatih tempatan, ia akan menjadi tugas beliau sangat berisiko. Sagala rahsia beliau dalam taktikal akan diketahui jurulatih tempatan dan pasti jika prestasi beliau dalam skuad Malaysia U-23 tidak konsisten, pasti beliau akan dipecat dan digantikan kepada pembantu jurulatih tersebut.

Persatuan Bola Sepak Malaysia

Rakyat Malaysia bukan tidak masak dengan cara permainan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Terlalu banyak politik didalam persatuan ini dalam pengurusan liga. Mereka tidak pentingkan kemajuan dalam suka bola sepak Malaysia tetapi mementingkan keuntungan yang mereka akan dapat. Bayangkan, negara mundur seperti Senegal yang tidak mempunyai pelbagai sumber, mereka sendiri menggunakan kepakaran jurulatih luar untuk memajukan sukan bola sepak mereka dan berjaya membawa pemain mereka bermain di liga elit eropah.

Frank Bernhardt

Jadi, tidak keterlaluan yang bro katakan, jurulatih Frank Bernhardt bijak dalam pengurusan pasukannya. Jika FAM mahukan kemajuan bola sepak Malaysia ke peringkat lebih tinggi, ubah mentaliti mereka. Lupakan kejayaan masa lampau. Setakat Piala AFF yang diidamkan sahaja, jangan harap Piala Asia atau Piala Dunia nak dicapai, bau pun tidak.

 


No comments