Kisah Seorang Peon - Terowong Informasi

Breaking News

Kisah Seorang Peon


Posman Malaysia

Penghantar surat atau Peon bukanlah kerja yang mudah. Nampak kerja mudah tetapi kerja mereka berisiko kerana tugas mereka banyak di jalan raya. Setiap penghantar surat pasti mengejar masa supaya pelanggan tidak terlalu lama untuk menunggu surat atau parcel yang dinantikan.



Uols selalu marah2 PosLaju kan?lambatlah... Itulah... Inilah... Hari ni letsss kita jgn komplen2 kita tgk video terbaru utk uolsss... PosLaju ; The Untold Story....
Posted by Hazel Hazly Damanhuri on Thursday, March 6, 2014
Lihat sahaja video di atas ini. Beginilah rutin harian mereka ketika melakukan tugas. Bangun awal dan mulakan tugas untuk mencari nafkah keluarga. Kita tahu, ada sesetengah nitizen suka mengkritik dan komplen mengenai penghantar surat ini. Lambat lah, itu lah ini lah. Ada sahaja yang tidak kena. Kepada yang suka komen tu, lihatlah video di atas itu. Betapa susahnya kerja mereka yang berdepan hujan panas dan jalan raya yang sesak.