Permainan Taharrush Untuk Puaskan Nafsu - Terowong Informasi

Breaking News

Permainan Taharrush Untuk Puaskan Nafsu


Taharrush Games

Taharrush atau rogol ringan-ringan kini melular di eropah baru-baru ini. Ia merupakan satu permainan bagi lelaki yang berhidung belang untuk memuaskan nafus serakah mereka. Permainan Taharrush ini berasal dari Mesir dan kewujudan permainan ini semasa berlakunya Arab Spring sekitar 2011.

Taharrush Games

Permainan ini berlangsung dengan sekumpulan lelaki mengepung mangsa yang biasanya wanita barat atau berpakaian wanita barat sebelum beliau dijadikan bahan permainan. Dalam masa itu, bermulalah satu rempuhan berlaku terhadap wanita tersebut. Lelaki yang paling hadapan dengan mangsa akan mencabuli samada seraca lisan atau fizikal. Mangsa akan diseret dan pakaian akan dikoyakan. Bukan setakat itu, mangsa akan disentuh, dan ramas pada anggota badan beliau di dalam kepungan itu. Permainan ini difahamkan dilakukan semasa terdapat demonstrasi, konsert, sambutan perayaan dan juga sebarang perhimpunan massa.

Taharrush

Pasti anda terkejut akan permainan jijik seperti ini dan ternyata ianya telah berlaku. Permainan ini sudah melular di eropah ketika ini. Di asia, belum ada berita mengenai kejadian ini dan bro risau jika ianya berlaku di Malaysia. Inilah permainan akhir zaman yang merisaukan kita. Permainan ini juga telah merosakan imej Islam di mata dunia kerana permainan asal ini berasal dari Mesir. Harap-harap, jangan sesiapa yang membawa budaya tidak sihat ini ke Malaysia.




No comments