Review : Filem Bajrangi Bhaijaan - Terowong Informasi

Breaking News

Review : Filem Bajrangi Bhaijaan



Filem Bajrangi Bhaijaan merupakan satu filem yang cukup menarik untuk ditonton. Filem ini telah ditayangkan pada pertengahan bulan tahun 2015 telah mendapat kutipan box Office di India. Apa yang agak terkilan, ia tidak masuk ke Malaysia mungkin atas beberapa faktor.

Bajrangi Bhaijaan

Filem yang berkisarkan Bajrangi (Salman Khan) seorang penganut Hindu telah terjumpa seorang gadis kecil bernama Shahida (Harshaali Malhotra) di kawasan kuil. Apa yang menariknya tentang gadis kecil ini, beliau berasal dari Pakistan, seorang yang bisu dan juga beliau beragama Islam. Beliau sesat ketika mengikut ibunya berubat di India kerana beliau tertinggal keretapi semasa perjalanan pulang. Bajrangi cuba membantu Shahida tetapi mendapat pelbagai tentangan dan halangan.

Bajrangi Bhaijaan

Antara tentangan dan halangan beliau adalah faktor politik antara India dan Pakistan dan agama. Niat Bajrangi cumalah mahu menghantar Shahida pulang semula ke pangkuan keluarga tetapi pelbagai liku-liku yang dihadapi mereka. Bajrangi merupakan penganut hindu yang sangat taat dan tidak suka menipu. Malah beliau terlalu jujur jika berdepan dengan pihak berkuasa. Semasa perjalanan ke Pakistan melalui jalan haram, beliau telah dituduh sebagai perisik India atas salah faham yang berlaku.

Bajrangi Bhaijaan

Filem ini memang ada klimaks yang cukup menyentuh hati dan terdapat mesej mendapat yang diceritakan. Ada kalanya air mata kita mampu mengalir. Bro boleh katakan, filem ini lebih bagus berbanding filem Diwale yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Kajol. Jika anda ingin tahu apakah kesudahan filem ini, cuba dapatkan DVD original ataupun muat turun di laman pencuri movie. Bro bagi rating filem ini adalah 4.5/5 bintang!!!





No comments