Siapa Rashid Kini Telah Terjawab - Terowong Informasi

Breaking News

Siapa Rashid Kini Telah Terjawab


Jadilah Seperti Rashid
Jadilah seperti Rashid.. Itulah tagline maut dari page Jadilah Seperti Rashid yang kini semakin popular di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Page ini baru wujud 50 jam dan mampu mendapat 200k pengikut. Ramai yang tertanya-tanya siapa Rashid ini. Kini, jawapannya telah terjawab dan telah diberitahu sendiri oleh admin Jadilah Seperti Rashid.

Jadilah Seperti Rashid

Nama Rashid sebenarnya tidak menyentuh kepada mana-mana individu tetapi maksud Rashid atau Mursid dalam bahasa arab adalah petunjuk jalan. Jika anda perasan, setiap post yang dipaparkan memaparkan mesej kepada kita yang melakukan aktiviti harian dengan cara yang salah. Watak Rashid yang memainkan peranan membetulkan anda semua.

Ya kami sebagai Muslim tahu contoh terbaik adalah Rasulullah S.A.W tetapi selagi apa yang Rashid buat tidak bertentangan dengan ajaran Rasullullah, apa salahnya. Ujar Admin Jadilah Seperti Rashid.
 Jadi, kepada pengikut page ini, pastikan anda mengikut page yang Official di laman sosial. Terdapat ada page fake yang dijumpai oleh admin page Jadilah Seperti Rashid. Hargailah karya mereka. Rashid kan budak baik.


No comments