Ramalan Tindakan Dato Seri Vida Jika Kelantan Kalah - Terowong Informasi

Breaking News

Ramalan Tindakan Dato Seri Vida Jika Kelantan Kalah


Dato Seri Vida

Semua pihak tahu bahawa Datuk Seri Vida telah menjadi penaja utama pasukan Kelantan selama 2 musim yang menaja bernilai RM16 juta. Ia satu pelaburan cukup besar bagi jutawan kosmetik menaja pasukan bola sepak. Wanita dan bola sepak memang kita jarang lihat dalam kancah bola sepak Malaysia. Adakah akan ada kejutan yang akan berlaku jika Kelantan gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan? Adakah tindakkan beliau sama seperti Delia Smith iaitu pemilik Norwich City yang meminta mikrofon untuk memberi 'talk team' kepada pasukan Norwich City pada tahun 2005?

 

Delia Smith ketika ini berang dengan persembahan pasukannya ketika menentang Man City dengan kedudukan 2-2. Semasa perlawanan ini merupakan hidup mati pasukan Norwich City yang berdepan tersingkir dari English Premier League. Kita sudah tahu perangai Dato Seri Vida semasa konsert Gegar Vaganza tahun lepas yang merupakan satu pelaburan beliau juga dan beliau kerap meminta mikrofon untuk bercakap.

Dato Seri Vida Troll

Dengan cara beliau seperti ini adalah bagus sebenarnya kerana beliau boleh memberi semangat kepada pemain supaya fokus dalam perlawanan. Ini bukan pelaburan main-main dan pastinya Dato Seri Vida mahukan pasukannya antara top 5 dalam liga super Malaysia.Kita nantikan bermulanya Liga Super 2016 di bulan February nanti. Pasti ianya banyak drama dipamerkan..

2 comments

Admin said...

menarik !

tak sabar nak tengok DS Vida buat macam ni nanti

hihi..

Terowong Informasi said...

Bro pon xsabar tegok respon dia nnt