Ranking JDT Lebih Tinggi Daripada Kelab AC Milan? - Terowong Informasi

Breaking News

Ranking JDT Lebih Tinggi Daripada Kelab AC Milan?


Johor Darul Takzim FC

Pasti anda ternganga dengar berita ini dan sukar untuk mempercayai. Mana tidaknya, Kelab Johor Darul Takzim (JDT) baru berusia 3 tahun sudah mencapai keputusan yang terbaik pada musim 2015. Apa yang menariknya, kelab selatan tanah air ini sudah berada di tangga 152 kelab terbaik dunia yang sebelum ini tidak tersenarai pun.

Johor Darul Takzim FC

Perkara ini bukan perkara lawak tetapi ianya benar. Terdapat cara bagaimana mata dikira semasa perlawanan antarabangsa yang dilalui pasukan JDT ini. Jika anda ingin mengetahui bagaimana ia di kira, boleh rujuk di laman INI.


Tahukah anda, kelab Johor Darul Takzim (152 dunia) berjaya mendahului ranking kelab gergasi Itali iaitu AC Milan. Kelab itali ini hanya berada di tangga 153 berkongsi mata dengan kelab dari England, Southampton. Jika mengikut ranking di peringkat asia pula, JDT berada di belakang kelab Thailand, Buriram United iaitu di tangga ke 11.

Buriram United

JDT patut berbangga dengan berita ini tetapi mereka tidak boleh alpa dengan kejayaan mereka ketika ini. Ia perlu dipertingkatan dan diurus dengan profesional bagi menaikkan ranking kelab ke peringkat 100 dunia. Ia bukan satu kerja mustahil. Dengan slogan, Luaskan Kuasamu, ia pemangkin semangat pemain dan juga penyokong setia Johor Darul Takzim. Ayuh Johorku...




No comments