Kampung Mempunyai Seorang Penduduk Sahaja
Perkampungan Buford yang terletak di Wyoming, Colorado, USA merupakan kampung yang mempunyai seorang penduduk sahaja yang bernama Don Sammons, 60. Kampung ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain dengan alasan mencari kehidupan yang lebih baik dan selesa.
Sammons yang sebelum ini menetap di Los Angeles memilih untuk menetap terus di Buford yang ketika itu dihuni oleh 2,000 orang penduduk kampung. Namun, isteri beliau meninggal 15 tahun lalu dan anaknya pula memilih untuk tinggal di Colorado untuk membina kehidupan sendiri. Walaupun seorang diri di kampung tersebut, beliau mempunyai stesen minyak dan kedai runcit sendiri.
Dalam sehari kedai saya boleh dikunjungi 1,000 orang di musim panas, namun menurun hingga 100 orang saja di musim sejuk, katanya.
No comments
Post a Comment