Rahsia Disebalik Jersey Tottenham Hotspur F.C - Terowong Informasi

Breaking News

Rahsia Disebalik Jersey Tottenham Hotspur F.C


Tottenham Hotspur F.C 2016

Jersey pasukan bola sepak atau sukan apa sekalipun mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ia termasuk seperti teknologi dan keistimewaan kepada pemain jika menyarung jersey terbabit. Di Malaysia, teknologi pakaian sukan seperti jersey belum mendapat perhatian sehinggakan penaja utama Kelantan, Dato Dr Seri Vida mereka jersey Kelantan dengan ciri-ciri istimewa.

Antara ciri yang dijelaskan adalah pemakai boleh menurunkan berat dan juga boleh memutihkan kulit ! Ia satu pendedahan berani mati oleh DSV ini demi mempromosikan produk beliau. Kita lupakan mengenai jersey pasukan Kelantan tersebut. Mari kita fokus kepada jersey pasukan Tottenham Hotspur F.C.

Tottenham Hotspur F.C

Under Armour merupakan penaja utama jersey Tottenham Hotspur F.C musim 2012 sehingga 2016 dengan penajaan £ 50 juta. Teknologi pada jersey pasukan ini boleh dikatakan antara tercanggih berbanding jenama terkenal seperti Nike, Adidas dan Puma. Jenama Under Armour berasal dari USA ini mempunyai teknologi yang diberi nama E39, di mana jesey terbabit mempunyai satu sensor untuk merakam pergerakan, kadar denyutan jantung dan juga pernafasan pemain.

Tottenham Hotspur F.C

Selain itu juga, pengurus pasukan boleh mengarahkan siapa yang boleh mengambil sepakan penalti dengan tenang tanpa melibatkan pemain yang mempunyai perasaan gemuruh ketika di atas padang. Sensor yang terdapat pada jersey ini dikenali sebagai 'Bug' membolehkan jurulatih dan pakar kesihatan memantau pemain melalui data yang diterima melalui Bluetooth ke iPad atau iPhone. Baju ini juga mempunyai pengukur pecutan, pergerakan pemain dan mencatat berapa banyak G-force yang mereka hadapi. GForce adalah daya graviti yang diterima oleh sesuatu benda . Data yang dihantar akan dianalisis oleh perisian dari Zephyr, yang merupakan pembekal teknologi ketenteraan USA.


Under Armour Malaysia

Canggih bukan apa yang dijelaskan bro mengenai rahsia jersey pasukan Tottenham Hotspur F.C ini. Walaupun ia tidak sehebat jenama Adidas, Nike dan sebagainya, teknologinya membuatkan jenama Ander Armour antara tercanggih di abad ini. Dengan kecanggihan yang ada, peminat dan para sukan amatur pasti tidak mempu memiliki teknologi ini kerana iaboleh dikatakan terlalu exclusive. 




Sumber diolah semula : Axello Tacts

No comments