Sejarah Nasi Lemak Antarabangsa - Terowong Informasi

Breaking News

Sejarah Nasi Lemak Antarabangsa


Nasi Lemak Antarabangsa

Nasi lemak merupakan makanan popular di Malaysia dan senang didapati di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu siang atau malam. Cara penyedian nasi lemak berbeza mengikut cara tukang masak itu sendiri. Nama Nasi Lemak Antarabangsa sudah dikenali oleh semua orang termasuk pelancong luar negara. Lokasi nasi lemak ini terletak di Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Nasi Lemak Antarabangsa

Sejarah Nasi Lemak Antarabangsa tercipta bermula pada tahun 1973 oleh Puan Normi Tandoh iaitu pengasas Nasi Lemak Antarabangsa di Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, kampung tersebut merupakan kawasan perubahan orang melayu. Bermula menanak beberapa kilogram beras, perniagaan beliau terus berkembang dari semasa ke semasa.

Nasi Lemak Antarabangsa

Dari 5 kilogram beras sehari pada permulaan perniagaan beliau pada awal tahun 70an, Puan Normi perlu memasak sehingga 50kg beras sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan setia beliau. Keenakan nasi lemak Puan Normi ini terus mendapat sambutan dari pelbagai bangsa dan kaum.

Nama '"Antarabangsa" dipilih oleh Puan Normi sebenarnya bagi menghargai seorang juruterbang MAS ketika itu kerana gemar membeli nasi lemak tersebut untuk di bawa ke luar negara setiap kali juruterbang tersebut ke luar negara. Sehingga kini, nama Nasi Lemak Antarabangsa telah menjadi sininim di kawasan Perkampungan Kampong Bharu.



2 comments

Anum said...

sedappppppppppp

Terowong Informasi said...

kan... le open table nanti..hehe