Jangan Salahkan Pemandu Grabcar Atau Uber
Kecoh baru-baru ini mengenai pemandu Grabcar dimaki oleh pemandu teksi kerana berang dengan kewujudan pesaing mereka ini. Kenapa pemandu teksi melenting dengan situasi sekarang ini? Sebelum ini, anda terlalu selesa dengan memandu teksi tanpa pesaingan antara satu sama lain tetapi kali ini anda melenting. Kenapa tidak salahkan pelanggan?
Bro minta maaf kepada rakan atau follower bro yang bekerja sebagai pemandu teksi. Bro cuma melontarkan pandangan peribadi mengenai perkara ini. Pada pendapat bro, persatuan pemandu teksi Malaysia tidak perlu melenting dengan kewujudan Uber dan Grabcar ini. Di luar negara, perkhidmatan Uber telah lama wujud tetapi pemandu teksi di sana bersaing untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.
Kita tidak boleh salahkan pemandu Uber atau Grabcar itu sendiri kerana bukan salah mereka. Ia adalah permintaan dari pelanggan iaitu pada masyarakat kita sendiri yang memilih perkhidmatan ini walaupun tahu risiko yang mereka hadapi bila menaiki Uber atau Grabcar. Memang benar perkhidmatan teksi adalah selamat tetapi adalah ia mesra pengguna?
Bro terlihat sesetengah teksi di negara ini tidak dijaga dengan baik malah ada juga tidak di basuh. Untuk memancing pelanggan, kereta perlulah cantik dan bersih. Barulah pelanggan suka kereta yang mereka naiki tersebut, Yang penting sekali disiplin pemandu teksi perlu dipertingkatkan. Ringankan mulut bertegur dan bukannya buat muka ketat semasa memandu. Pemakaian pula perlulah kemas, baju bergosok dan penampilan yang menarik. Pemandu teksi sebenarnya ejen pelancongan negara. Jika elok perangai pemandu teksi, eloklah di mata pelancong yang datang ke negara kita. Bayangkan anda sebagai pelanggan / pelancong, dengan layanan buruk dan kereta berbau busuk anda terima, anda mahu naik teksi lagi? Tidak ingatkah pemandu teksi Malaysia pernah dilabel dan telah tersenarai pemandu paling teruk di dunia?
Akhir kata, usah kita melenting dengan apa yang berlaku sekarang ini. Apa yang pemandu teksi perlu lakukan adalah tingkatkan mutu perkhidmatan yang sedia ada dan Persatuan Teksi Malaysia perlu buat satu applikasi yang boleh menjamin penumpang teksi selamat tanpa rasa di tipu walaupun meter telah dipasang. Susah sangat, ikot sahaja format Uber dan Grabcar buat tetapi tambah lagi perkhidmatan yang boleh menandingi mereka itu. Mudah bukan?
No comments
Post a Comment