Dimanakah Status Malaysia Negara Islam - Terowong Informasi

Breaking News

Dimanakah Status Malaysia Negara Islam


Dr Zikir Naik

Penceramah bebas terkenal dari India, Dr Zakir Naik telah dihalang untuk berceramah di Melaka pada 17 April ini yang dikatakan boleh menggugat ketenteraman negara yang berbilang kaum ini. Dengan larangan ini, Netizen mula mengecam tindakkan kerajaan mengharamkan ceramah yang bersifat ilmu ini. Malaysia merupakan negara Islam mengikut perlembangaan negara tetapi kenapakah ceramah agama islam sebegini dihalang?

Dr Zikir Naik

Jika anda mengikuti ceramah Dr Zakir Naik ini, anda tidak akan nampak dimana salahnya dilakukan olehnya. Beliau cuma berceramah atas fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang beliau ketahui dan tidak pernah sesekali beliau mengutuk agama lain dalam ceramahnya. Beliau menghormati agama lain. Dr Zakir Naik merupakan penceramah hebat dan beliau sendiri dilahirkan di negara bukan Islam tetapi akan cintakan agamanya, itu bukan penghalang beliau meneruskan niat murni iaitu menyebarkan ajaran islam.

Setiap ceramahnya amat mudah difahami dan ada juga menerima Islam dari ceramahnya. Itu yang bro kagumi. Beliau pernah berkata :

Jika kamu mahu memeluk islam, jangan kamu ikut penganutnya tetapi anda perlu membaca dan ikut apa yang Al-Quran dan hadis sahih suruh lakukan...

Berbalik isu ini, Netizen di luar sana kerap bertanya, "kenapa konsert K-POP, ratu cantik dan segala konsert yang melalaikan mudah sahaja diluluskan di negara ini tetapi ceramah agama ditentang untuk berceramah? Semakin hari semakin pelik perundangan negara kita sekarang ini. Adakah ia disebabkan oleh masuk campur tangan dalam politik negara? Pada pandangan anda, perlukan ceramah Dr Zakir Naik dihalang di negara ini?



No comments