Sebuah Lagi Menara Tertinggi Dunia Akan Dibina Di Dubai - Terowong Informasi

Breaking News

Sebuah Lagi Menara Tertinggi Dunia Akan Dibina Di Dubai


Menara Dubai 2

Membina menara tertinggi di dunia merupakan satu projek mega yang menelan berbillion dollar amerika. Ia juga menjadi tarikan pelancong ke negara terbabit untuk melihat bangunan yang super unik tersebut. Bangunan tertinggi di dunia sekarang ini ialah Burj Khalifa yang terletak di Dubai.

Tahukah anda, Dubai mahu membina sebuah lagi menara pencakar langit yang boleh menandingi Burj Khalifa dan Jeddah Tower? Bangunan ini dijangka siap pada tahun 2020 nanti. Dari sumber matlumat yang diterima, ketinggian Jeddah Tower adalah 1 km tetapi berapakah ketinggian sebenar pencakar langir Dubai yang akan dibina ini nanti? Ia semestinya lebih dari Jeddah Tower.

Menara Dubai 2

Menara tanpa nama ini mengambil ilham dari bunga tulip dan menara masjid. Ia tidak sama seperti menara Burj Khalifa kerana ia mempunyai sebuah menara tinjau seperti Menara Kuala Lumpur tetapi bukan bangunan kormesial. Bahagian tinjau ini dikatakan boleh dibuka seperti kelopak bunga bagi membolehkan tumbuhan yang ditanam di tingkat tersebut bagi mendapat cahaya dan hujan secara semula jadi. Menara ini akan dibina oleh Emmar Properties yang turut membina Burj Khalifa. Rekaan bangunan ini dihasilkan oleh arkitek Santiago Calatrava.

 

No comments