5 Fakta Mengenai Kelab FC Bari 1908 - Terowong Informasi

Breaking News

5 Fakta Mengenai Kelab FC Bari 1908


FC Bari 1908

Nama kelab FC Bari 1908 semakin menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia di mana seorang jutawan Malaysia membeli saham 50% kelab tersebut dan disahkan menjadi pemilik kelab yang berpangkalan di Apulia, Itali. Jutawan Malaysia yang dikenal sebagai Dato' Noordin Ahmad ini pada mula tiada sesiapa kenal dengan beliau. Mungkin dia seorang yang merendah diri tanpa memberitahu beliau seorang jutawan negara.

FC Bari 1908

Jom kita ketahui pula apakah 5 fakta mengenai kelab FC Bari 1908 ini :

1) Liga Serie A 

Kelab ini pernah berada di liga Serie A ini sejak ia ditubuhkan. Namun, prestasi kelab tersebut merundum yang menyebabkan kelab ini turun ke Liga Serie B Itali. Kali terakhir kelab ini di liga Serie A ialah pada 2011 dan merupakan penampilan yang ke 1000 di liga tersebut.

2) Pencapaian Terbaik

Pencapaian terbaik kelab ini adalah pada 1947 apabila menamatkan saingan di tempat ketujuh dalam Liga Serie A. Kelab ini pernah juga memenangi Mitropa Cup pada 1990. Musim 1996 juga merupakan pencapaian terbaik dimana penyerang prolifik mereka, Igor Protti dinobatkan sebagai penjaring terbaik dalam Serie A dengan 24 jaringan.

3) Pernah dibarisi Pemain Bintang

Antara pemain terkenal dan pemain kebangsaan yang pernah menyarung jersey ini adalah Nicola Ventola, Gianluca Zambrotta, Antonio Cassano, Diego De Ascentis, Leonardo Bonucci dan Andrea Ranocchia.

4) Lelongan Muflis

Kelab ini pernah dilelongkan pada 18 APril 2014 dan 12 Mei 2014 namum tidak mendapat pembeli. Paparesta dipercayai membeli kelab berkenaan dengan harga Eura 2 juta (RM8.850 juta) pada 20 Mei 2014 semasa lelongan muflis ketiga kelab tersebut sebelum nama kelab bertukar kepada FC Bari 1908 S.P.A.

5) Suntikan Baru

Perubahan terhadap pemilik kelab tersebut dijangkakan bakal meningkatkan semangat pemain kelab untuk menampilkan prestasi yang lebih baik. Ketika ini, FC Bari menduduki tempat ketiga ketika ini dengan kutipan 57 mata selepas mengharungi 35 perlawanan. Jika mereka mengekalkan prestasi, peluang ke Liga Serie A amat cerah pada musim hadapan.


No comments