Marshmallow Haram - Terowong Informasi

Breaking News

Marshmallow Haram

Marshmallow Haram

Baru-baru ini, terdapat isu yang mengatakan marshmallow haram di makan kerana mempunyai gelatin dari sumber haiwan dan tidak tahu kandungan yang dijual di pasaran sekarang. Jadi, pihak JAKIM telah mengeluarkan isu ini kepada umum. Berikut adalah kenyataan dari Jabatan Bahagian Hab Halal JAKIM :

Untuk makluman semua, isu marshmallow haram adalah merupakan kenyataan Ust Mohd Amri bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal yang dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 15 Jun 2016 yang lalu.
Beliau menyatakan produk yang berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal dari perspektif halal.

Marshmallow adalah antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya. Walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia, namun jumlahnya amatlah terhad.
Justeru itu, bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
Sebarang kemusykilan mengenai status halal produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan, bolehlah di semak di www.halal.gov.myatau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sumber :
Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments