Botok-Botok Lauk Istimewa Di Johor
Sepanjang 9 tahun Bro menetap di Selangor, belum pernah melihat Botok-Botok dijual di bazaar Ramadhan di sini kerana ianya tidak diketahui masyarakat Selangor. Pembuat botok-botok haruslah pandai mengadunkannya daun-daun ulam kerana jika tersilap adunan, botok-botok tersebut boleh jadi pahit. Botok-botok ini mempunyai lauk ikan yang disaluti rempah istimewa. Antara ikan yang biasa digunakan adalah ikan kembung, ikan tenggiri dan ikan parang. Ia bergantung kepada pembuatnya. Cara pembuatannya hanyalah di kukus dan boleh dikatakan makanan berkhasiat tinggi.
Lauk istimewa ini boleh didapati di bulan ramadhan sahaja dan sukar untuk dapat di bulan biasa. Sebab itu lauk ini boleh dikategorikan lauk istimewa dan 'rare' di Johor kerana keunikannya. Makan botok-botok dengan nasi panas sahaja, sudah cukup berselera bila berbuka puasa tanpa memerlukan lauk lain. Kepada yang belum pernah merasa, cubalah.
Nota : Teringat pula botok-botok buatan arwah mak Bro. Rindu masakannya. Al-Fatihah kepada arwh mak.
No comments
Post a Comment