Percuma Petrol 2 Liter Jika Baca Al-Quran - Terowong Informasi

Breaking News

Percuma Petrol 2 Liter Jika Baca Al-Quran

Percuma Petrol 2 Liter Jika Baca Al-Quran

Di Indonesia, terdapat satu kempen yang sangat bagus yang perlu dipraktikan di Malaysia. Kempen yang diperkenalkan adalah Percuma Petrol 2 Liter Jika Baca Al-Quran sebanyak 2 Juzuk Al-Quran pada bulan Ramadhan di stesen minyak tersebut.

Indonesia merupakan negara paling ramai penganut Islam yang meliputi 90% di negara tersebut. Kempen percuma petrol ini adalah kempen mempromosikan Islam dan ianya berlangsung selama 1 bulan. Kempen ini Percuma Petrol 2 Liter Jika Baca Al-Quran menerima sambutan yang amat menggalakan kepada penduduk Indonesia yang beragama Islam. Proses pemberian petrol percuma tersebut, anda perlu membaca 2 Juzuk Al-Quran di tempat yang disediakan. Setelah selesai, pemberikan kupon akan diberikan menandakan anda layak dapat percuma petrol tersebut.

Percuma Petrol 2 Liter Jika Baca Al-Quran

Difahamkan, terdapat 5 stesen minyak sahaja yang mengadakan kempen petrol percuma ini di seluruh negara. Mungkin ia permulaan kempen dan tidak mustahil pengusaha stesen minyak yang lain akan mengikuti jejak kempen ini di masa akan datang.

 

No comments