Contact Lens Lengkap Dengan Video Kamera - Terowong Informasi

Breaking News

Contact Lens Lengkap Dengan Video Kamera


Penggunaan telefon pintar ketika ini semakin ramai dan ada yang mengunakannya untuk merakam memori indah mereka melalui telefon pintar ini. Ini kerana, penggunakan kamera pada telefon pintar sangat mudah, ringan dan sudah mempunyai ciri yang canggih sama seperti kamera kompak.

Syarikat elektronik terkenal dunia, SONY telah mencipta satu teknologi yang canggih dan bakal dipasarkan kepada umum kelak nanti. Produk terbaru mereka iaitu Contact Lens yang dilengkapi video kamera membolehkan pengguna merakam dan juga boleh melihat kembali video yang telah di rakam tersebut.

SONY telah mengambil langkah pertama dengan mencipta smart video lens dan mereka juga telah mendaftarkan patent produk tersebut. Apa yang menarik dengan kanta ini adalah ia boleh melaksanakan autofokus, pelarasan cahaya dan boleh di zoom!! Menarik kan?

2 comments

sitirohaida said...

dah semakin maju..contact lens pun dah ada video kamera

Terowong Informasi said...

cerita sains fiksyen menjadi rujukan mereka rasanya.. mungkin semua alat2 dalam filem sains fiksyen akan wujud di muka bumi ni..