Mesin Pengimbas Akan Menyediakan Makanan Berdasarkan Riak Wajah Kita - Terowong Informasi

Breaking News

Mesin Pengimbas Akan Menyediakan Makanan Berdasarkan Riak Wajah Kita


Apabila kita ke restoran, anda pasti akan terfikir-fikir mahu makan apa, bukan? Kadang kala ia mengambil masa sehingga 5 minit menu apa yang perlu di pesan bagi memenuhi kehendak anda itu.
Terdapat satu teknologi baru di mana, sebuah restoran makanan segera popular di China telah bekerjasama dengan enjin carian Baidu di Beijing menyediakan satu konsep restoran face recognition, di mana mesin pengimbas tersebut akan menyediakan makanan mengikut riaksi muka anda.


Menurut enjin carian Baidu, dari riak wajah anda itu, satu program akan memesan makanan yang sesuai mengikut jantina dan juga umur. Sebagai contohnya, seorang lelaki berusia linkungan 20an yang lebih sesuai makan Burger Ayam + Kentang Goreng + Air Berkarbonat. Sebaliknya bagi wanita berusia linkungan 20an sesuai dengan makanan Bubur Ayam + Ice Lemon Tea sebagai menu.


Jika anda berasa sedih dan murung, mesin pengimbas akan memesan makanan yang banyak bagi menceriakan anda, menurut programing tersebut. Pada pendapat bro, agak pelik mesin pengimbas seperti ini. Jika anda murung, silap-silap kos makan anda boleh mencecah RM50. WOW!!!

No comments