Mina Basaran Terkorban Dalam Nahas Kapal Terbang - Terowong Informasi

Breaking News

Mina Basaran Terkorban Dalam Nahas Kapal Terbang

Mina Basaran

Anak perempuan ahli perniagaan terkenal Turki, Mina Basaran, adalah antara 11 mangsa terkorban dalam nahas kapal terbang terhempas yang berlaku semalam. Pesawat Bombardier Challenger 604 yang dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di Zagros. Iran.

Mina Basaran

Mina Basaran merupakan anak seorang jutawan ternama yang memiliki segala bentuk kekayaan dunia termasuk memilik jet peribadi sendiri. Takdir telah menentukan Mina Basaran maut dengan pesawat milik ayahnya sendiri semasa perjalanan pulang ke Turki selepas menghadiri "party" di Dubai.

Mina Basaran sepatutnya akan berkahwin pada bulan hadapan selepas mengikat tali pertunangan dengan pasangannya pada Oktober tahun lepas. Mina merupakan anak kesayangan jutawan Turki, Huseyin Basaran. Dalam kemaskini Instagram Mina Basaran yang terakhir, Mina telah memuat naik gambar bersama 7 rakan karibnya yang di rakam di Hotel One & Only Royal Mirage Dubai, salah sebuah hotel terkenal di sana.

Mina Basaran

Laman Instagram Mina telah dilupuskan oleh keluarganya selepas kematian beliau diumumkan tetapi sebelum kematiannya, semakin ramai menjadi pengikut beliau sehingga mendapat 73K berbanding 58K pengikutnya. Walau apa pun, manusia hanya meninggal nama. Ia sudah menjadi sejarah selamanya.

No comments