Mutiara Karipap, Jalan Larut, Penang - Terowong Informasi

Breaking News

Mutiara Karipap, Jalan Larut, Penang

Mutiara Karipap

Jika anda ke Penang, anda akan terbayang dengan suasana dan kekayaan mereka hasil makanan yang sedap-sedap belaka. Penang juga terkenal dengan nasi kandar mereka yang sukar dicabar di tempat lain tapi kali ini Bro terjumpa satu lokasi menarik untuk anda pergi dan rasainya iaitu Mutiara Karipap yang terletak di Jalan Larut, Penang.

Harga Mutiara Karipap

Di sini, anda boleh lihat 12 jenis inti karipap yang agak 'rare' dan wajib anda cuba jika melancong ke Penang. Bro sempat merasa Mutiara Karipap ini jenis Oblong (All In). Ia bermaksud, semua inti dimasukkan ke dalam 1 karipap. Karipap ini memang cukup besar dan yang pasti isinya padat yang amat. Itu yang Bro suka bila 1st time merasai karipap Mutiara ini.

Bagaimana untuk mencari lokasi ini sangat mudah. Anda perlu cari landmark Hotel Royal sahaja. Gerai Mutiara Karipap hanya di sebelah hotel tersebut. Bro mengetahui Mutiara Karipap ini semasa 'check In' hotel tersebut dan dicadangkan oleh penyambut tetamu di sana.

Mutiara Karipap

Pada mulanya, Bro hanya membayangkan ia karipap biasa yang kita boleh dapati pada waktu pagi tetapi kenyataan Bro sangat meleset. Semasa menjejak kaki pertama kali ke gerai ini, pemilik gerai iaitu En Faisal Hashim melayan Bro karipap apa yang ingin dipesan. Atas rekeman oleh En Faisal iaitu Oblong All In, ia sangat berbaloi, besar dan murah. Oblong sebesar tapak tangan ini hanya bernilai RM2.00 sahaja. Nak tambah hirisan bawang pun boleh jika mahu.

Karipap Oblong All In

Kepada yang ingin mencuba Mutiara Karipap ini, Bro boleh katakan lokasi 'most recommended' bagi peminat karipap yang ingin cari kelainan. Kalau Bro ke Penang, pasti inilah lokasi pertama yang bro akan tuju. Untuk matlumat lanjut mengenai Mutiara Karipap ini, boleh rujuk di bawah :


Mutiara Karipap

Mutiara Karipap @ Larut Cafe
38, Jalan Larut, 
10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi 

Isnin - Jumaat (1.00pm - 6.30pm)

3 comments

Gja said...

Sedapnya..

Nurjuwaini said...

Wah.. macam best je tu..

Terowong Informasi said...

Mmang sedap.. tak rugi mencubanya