Bank Negara Malaysia Edar Wang Kertas Baru Julai Ini - Terowong Informasi

Breaking News

Bank Negara Malaysia Edar Wang Kertas Baru Julai Ini


BANK Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
“Wang kertas RM50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. 
BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai.

P/S : Duit RM1 macam duit RM5 pula ye..

6 comments

Anum said...

cantiknya nak2

Terowong Informasi said...

nah, amik gambar tu

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

yeaah ! x sabar nk tgu nk2 lagi rm20 tu hikhik..teruja sangat

Mr feckry said...

duit raya le tu

nazirah said...

cUn.. x sbr nak memiliki duet kertas baru hee ;)

Terowong Informasi said...

ramainya yang tak sabar..raya nnt pasti bank penuh..