Pengasuh Dalam Video Dera Sudah Dipenjara - Terowong Informasi

Breaking News

Pengasuh Dalam Video Dera Sudah Dipenjara



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai berhubung penyebaran video penderaan bayi melalui Facebook hari ini, mengesahkan wanita berkenaan sudah ditangkap pada tahun lalu dan sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan.
Video yang tersebar luas sejak awal pagi ini, mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna Facebook yang bersimpati dengan bayi terbabit dan menuntut supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas diambil terhadap wanita berkenaan. 
Rakaman selama empat minit lapan saat itu menunjukkan wanita berkenaan memukul bayi yang juga anak kandungnya itu menggunakan bantal dan peralatan dipercayai telefon bimbit berulang kali menyebabkan mangsa menangis tanpa henti.

Wanita terbabit tidak menunjukkan belas kasihan walaupun bayi yang menangis itu cuba menghampirinya, sebaliknya ibu muda itu terus memukulnya tanpa henti.

Rata-rata pengguna Facebook yang berkongsi video berkenaan menuntut supaya ibu kepada bayi terbabit dan perakam visual berkenaan dihukum sewajarnya.

Pembaca turut menghubungi Harian Metro melalui laman Facebook supaya membuat liputan berhubung rakaman klip penderaan berkenaan.

Menurut kenyataan PDRM melalui laman Facebooknya kira-kira jam 5 petang tadi, kes berkenaan dilaporkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan sudah dibuat pada hari yang sama ke atas pelaku yang juga ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera itu.

Katanya, wanita berusia dalam lingkungan 20-an berkenaan sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan bermula tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

P/S : Ini berita terkini mengenai kes ini...

No comments