Pengasuh Sial Dera Kanak-Kanak
Bodoh, s*** dan macam-macam lagi nak ditujukan kepada pendera kanak-kanak ini. Si juru kamera pun sama sahaja. Setakat marah jangan buat lagi tanpa perlu buat apa-apa, itu sahaja yang kau mampu buat dan lihat kanak-kanak ini menderita kesakitan yang dialaminya. Hackers memang marah sangat bila melihat video ini buat kali pertama. Memang bodoh dan kejam.
Atas perkara ini juga, ia telah mencemarkan nama pengasuh seluruh Malaysia dan kaum hawa sendiri yang dahulunya merupakan kaum yang amat lemah lembut dan penyayang. Jika Hackers jumpa wanita ini, pasti lutut Hackers hinggap ke muka dia. Memang perangai syaitan lah wanita si pendera ini. Ibu bapa pasti meragui untuk menghantar anak sendiri ke pusat jagaan yang ada sekarang kerana kita tidak tahu bagaimana layanan mereka terhadap anak mereka sendiri. Duit mahu, jaga tidak tahu. Apa yang Hackers maksudkan ini bukan semua pengasuh bertindak kejam tetapi segelintir sahaja. Zaman sekarang paling minimum untuk hantar ke pusat pengasuh adalah RM250 seorang. Itu sudah cukup mahal tetapi perkhidmatan mereka buat, adakah ia berbaloi dengan harga tersebut? Fikir-fikirkanlah. Apa yang Hackers harapkan, tangkap wanita ini dan penjarakan seumur hidup atas kesalahan yang dilakukan.
Update : P/S : Wanita ini telah dipenjara pada tahun lepas. Video ini adalah video tahun lepas yang digemparkan pada tahun ini. Harap maklum.
No comments
Post a Comment