Shisha : Bahaya Dalam Diam - Terowong Informasi

Breaking News

Shisha : Bahaya Dalam Diam

Shisha atau dalam bahasa lain iaitu Hookah ini menjadi trend kepada masyarakat di Malaysia sekarang. Kewujudan shisha di Malaysia berpunca dari orang arab yang datang ke Malaysia ini. Shisha memang terkenal dengan orang arab. Mereka guna shisha selepas makan dan ia dianggap sebagai pencuci mulut.

Hackers akui pernah merasa shisha ini beberapa kali dahulu dan ternyata ia sama seperti rokok. Sekarang, Hackers dah buang tabiat merokok ini sejak tahun lalu. Alhamdulillah, Hackers berjaya menghindarinya. Dulu pernah kecoh mengenai shisha di televisyen yang dikatakan ia merbahaya. Ya, memang betul ia merbahaya kerana ia sama sahaja seperti rokok. Pernah juga Hackers menghisapnya dahulu akan terasa pening sewaktu menyedut asap tersebut. Tembakau shisha ada seperti bau buah-buahan. Bau atau perisa menjadi pilihan pelanggan adalah perisa strawberi. Ada yang rasa keras dan ada rasa yang lembut.

Ada juga yang mahu tambahan 'mint' dalam shisha mereka ini. Cara pemprosesan shisha ini amat mudah dan bahan utamanya adalah arang untuk mendapatkan asapnya. Bukan arang yang hendak bakar satay ok. Ia arang khas untuk shisha. Bahan kedua utama adalah tembakau yang berperisa. Tembakau ini telah diperam lama bersama buah-buahan untuk mendapatkan bau dan rasanya. Tidak kiralah apa perisa yang dimahukan dan bergantung pada permintaan. Harga sekali penggunaan adalah lingkungan RM10-RM20.

Tahukah anda keburukkan menghisap shisha ini? Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. 


Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital. Nampakkan keburukkan shisha ini. Jadi, Hackers galakkan anda supaya mengelakkan menghisap shisha ini kerana ia 70 kali ganda bahaya dari menhisap rokok.

1 comment

Scha Nazri said...

bahayanyaaaaa. >.<