Berkahwin Tanpa Pakaian Di Jamaica - Terowong Informasi

Breaking News

Berkahwin Tanpa Pakaian Di Jamaica

Memang kerja gila. Sembilan pasangan telah melangsungkan perkahwinan di resort di Jamaica dalam keadaan yang amat pelik iaitu berbogel. Difahamkan, mereka hanya memakai sunblock dan veil sambil membawa bunga bagi menutupi bahagian sulit mereka.

Entah apa-apa pasangan ini lakukan. Majlis itu sepatutnya dilangsungkan 10 pasangan pengantin tetapi satu pasangan telah menarik diri dari majlis tersebut.

Perkahwinan sebegini pernah terjadi pada tahun 2001 dan telah mencetuskan kontroversi dan bantahan masyarakat Jamaica. Tapi yang peliknya, tiada bantahan pula pada majlis kali ini dilangsungkan. Bila difikirkan, manusia makin tidak bertamadunkan?

2 comments

Siti Sakura said...

ahaha so funny this entry..i like this blog,keep it up! :)
jom mlawat blog sy jgk msih bru lg nie..hehe
anyway thanks!
^_^

Terowong Informasi said...

thanks kerana meminati blog ini..