Carkoon: Kerusi Bayi Paling Selamat? - Terowong Informasi

Breaking News

Carkoon: Kerusi Bayi Paling Selamat?

Jurutera Britain telah mencipta satu kerusi kereta khas berbentuk kepompong yang berfungsi melindungi bayi daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Rekaan yang dinamakan Carkoon itu bukan sahaja menyediakan ruang udara untuk bayi bernafas selama 20 minit semasa berlaku kemalangan, tetapi juga mampu melindungi bayi daripada kebakaran. 20 minit, mampukah ia boleh menyelamatkan bayi tersebut? Itu yang berada difikiran Bro Nasa sekarang ini.


Perekanya, Jullian Preston-Powers daripada Cool Technologies berkata, beg udara yang digunakan pada Carkoon tidak sama dengan beg udara tradisional yang akan menutupi muka penumpang jika berlaku perlanggaran. Ini kerana beg udara Carkoon akan mengembung dengan menyediakan ruang udara yang mencukupi dan lasak untuk menahan sebarang objek. Carkoon dijangka dijual awal tahun depan pada harga kira-kira RM1500 (ikut harga RM).

2 comments

yayahnasake said...

rekaan yang sangat bagus dan bijak :)

Anum said...

smart dan sangat bagus