Hon Basikal Yang Paling Kuat Daripada Bunyi Jet Pejuang - Terowong Informasi

Breaking News

Hon Basikal Yang Paling Kuat Daripada Bunyi Jet Pejuang

Kebanyakkan basikal dipasaran, loceng yang diberikan berbunyi kring-kring sahaja. Itu sudah biasa yang kita dengarkan. Jika anda mahukan kelainan, apa kata anda membeli basikal Honster ini. Basikal yang siap dengan hon yang mampu membingitkan telinga anda dan orang sekeliling.

Hon basikal ini difahamkan mampu mengalahkan bunyi hon kenderaan yang lain di jalan raya dan bunyi jet di udara. Basikal Hornster ini telah dibangunkan oleh Persatuan Pengangkutan Alam Sekitar (ETA) bagi memperlihatkan bahaya yang sering dialami oleh pengguna basikal semasa menunggang di dalam bandar. Majoriti kemalangan maut sering melibatkan trak dengan penunggang basikal di London. Tiga saluran udara hon tersebut dipasang pada basikal KH3A Airchime yang diperoleh daripada syarikat lokomotif di Amerika, yang mana telah disesuaikan untuk dipasang pada bekas oksigen scuba.


Bunyi yang dikeluarkan adalah sangat kuat sehingga pada jarak 100 kaki dan lebih kuat daripada hon lori standard. Basikal Hornster ini telah di ilhamkan oleh Yannick Read, yang menjelaskan, " Ketenangan sama yang membuatkan basikal sebagai sebuah pengangkutan yang bertamadun adalah dengan mendedahkan mereka kepada pengguna jalan raya yang lalai - Hornster adalah panggilan kejutan untuk mereka yang tidak memberi perhatian kepada pengguna basikal". Basikal ini dijual pada harga 4,995 Pound Sterling.


Spesifikasi kekuatan Hon Honster :
- Hornster: 178db (@3ft) 140db (@50ft) 
- Jet F-14 semasa berlepas: 130db (@50ft) 
- Concorde (mendarat): 119db 
- Hon lori biasa: 110db (@100ft)  
- Traffik di bandar: 78db (central London) 
- Perbualan di restoran: 60dbDecibel (dB) 
- Manusia berpendapat bahawa peningkatan sebanyak 10db untuk satu jenis bunyi sdalah sebagai penggandaan bunyi bising.

2 comments

yayahnasake said...

sepatutnya d Malaysia ada hon basikal seperti memandangkan pemandu d jalan raya semakin kurang ajar dengan pengayuh2 basikal especially student yg kayuh basikal :)

Terowong Informasi said...

betul juga..kadang2 Bro Nasa kesian juga dengan yang bawa basikal..mudah terdedah dengan bahaya..