Jet Supersonik : Mampu Terbang Dari London Ke Sydney Dalam Masa 4 Jam
Pesawat ini akan dibina dengan menggunakan bahan komposit yang lebih ringan, enjin yang lebih maju dan fiuslaj yang lebih kecil yang membolehkan ia mampu bergerak 2 kali lebih pantas daripada Concorde, yang hanya boleh bergerak selaju 1,358mph sahaja. Penumpang yang menaiki pesawat ini akan merasai perjalanan yang bergerak selaju lebih daripada 2,485mph, di mana membolehkan mereka merasai perjalanan mewah dari London ke Sydney yang terletak 12,000 batu jauhnya. Pada masa ini, jet subsonik eksekutif yang terpantas, iaitu jet terbaru daripada Gulfstream, G650 hanya mampu terbang pada jarak 7,000 batu pada 646mph dan mempunyai kelajuan tertinggi hanya 704mph. Bayangkan jika anda berada di dalam pesawat terbabit, apa yang anda nampak dari tingkap luar agaknya.
Pesawat supersonik dengan 12 tempat duduk ini dijangka akan dijual dengan harga US$80 juta setiap satu dan ia sedang dalam proses pemasaran kepada pembeli di seluruh Eropah dan Timur Tengah di bawah slogan "Pergi ke Amerika dan pulang semula pada hari yang sama (pada waktu kerja)" . Cabaran jet ini bukan sahaja kepada masalah teknikal nya, malah para pembina perlu menyakinkan kepada ahli-ahli politik bahawa jet supersonik ini boleh digunakan oleh orang ramai.
Walaubagaimana pun, masalah bunyi supersonik yang membingitkan ini juga akan diselesaikan dengan secepat mungkin. Pada bulan Januari yang lepas, pihak NASA telah mengeluarkan imej hasil ujian di terowong angin yang mencadangkan bunyi letupan supersonik hampir boleh dikurangkan dengan menggunakan sayap yang super-nipis dan enjin yang tersembunyi.
Ledakan kuat bunyi letupan supersonik ini telah memaksa pesawat Concorde untuk mengambil laluan jauh daripada daratan dan ia telah merosakkan peluang komersil. Pesawat ini terbang untuk kali yang terakhir pada November 2003.

No comments
Post a Comment