Restoran New Lucky : Restoran Atas Kubur - Terowong Informasi

Breaking News

Restoran New Lucky : Restoran Atas Kubur


Selamat datang ke Restoran New Lucky yang terletak di Ahmedabad, India. Restoran ini memang unik tersendiri dan ada hanya satu di dunia ini sahaja. Keunikkan restoran ini adalah ia terletak di atas tanah perkuburan. Tanah perkuburan ini masih lagi wujud tetapi ia tetap di bina sebuah restoran.


Restoran ini memang popular di Ahmedabad, India. Makanan popular di sini adalah roti nan dan teh tarik yang memukau pengunjung sehinggakan lupa restoran ini di tanah perkuburan. Kubur-kubur ini dapat dilihat di dalam restoran ini dan ia telah diwarnakan hijau kubur tersebut. Kenapa diwarnakan hijau, Bro Nasa pun tidak tahu. Tentu anda tertanya-tanya apakah sejarah pembukaan restoran ini. Betul tak?


Kisah bermula 50 tahun dahulu. Seorang lelaki bernama KH Mohammad membuka gerai minuman dan roti nan di luar kawasan perkuburan. Lama kelamaan bisnes beliau semakin membangun dan gerai kecil membesar menjadi restoran. Tetapi di Ahmedabad sukar untuk mencari tapak dan kubur lama dari kurun ke-16 ini dijadikan tapak restoran New Lucky. 




Sebagai tanda hormat kubur di dalam restoran ini dijaga dengan rapi. Menurut tuan punya restoran ini sekarang Encik Krishnan Kutti Nair merasakan kubur ini membawa tuah kepada beliau. Kubur-kubur ini dipercayai kubur sanak saudara seorang ahli Sufi yang terkenal di Ahmedabad. Jika anda berkunjung di Ahmedabad, bolehlah singgah ke restoran ini.

7 comments

Luqman Zakaria said...

selamba je dorang..errr~

Unknown said...

kalau malam..buka tak restoran ni?mesti seram kan..hahahah

Terowong Informasi said...

seram kot Cik Lyeen...nak keje kat restoran ni x? mesti ada keje kosong kat sini

yayahnasake said...

pelik dan unik :)

Pengumpul Lirik lagu said...

terbaik la!huhuh

Unknown said...

hehe unik first time gak baca.. so terus follow :D
haha tapi cm seram jer makan kat restoran nie.. dy punya pelanggan x takut ker ada pneman siap balik umah. haha!

Terowong Informasi said...

thanks terus follow nurul izzati...pelanggan mana nak takut sebab ngah syok pekena teh tarik...tu yang tak perasan