Tabiat Makan Yang Perlu Dielakkan Di Bulan Ramadhan - Terowong Informasi

Breaking News

Tabiat Makan Yang Perlu Dielakkan Di Bulan Ramadhan



Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.   Jika anda tidak jaga kesihatan dengan baik di bulan puasa, anda pasti akan mengalami kesihatan yang tidak menentu. Di bulan puasa, pelbagai juadah yang dihidangkan di rumah atau di luar berbanding sebelum ini. 




Dalam kepelbagaian juadah itu, ada yang elok di makan dan tidak elok di makan semasa berbuka puasa. Baiklah, hari ini Bro Nasa nak bagi tips untuk anda elakkan makan makanan di bulan puasa. Berikut adalah cara-caranya :


  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Kurangkan makanan tinggi gula.
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
  • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
Macam mana dengan tips yang diberi? Bro Nasa harap, anda menyukainya. Ingat, semasa bulan puasa inilah kita boleh menjaga kesihatan yang maksimum. Ia ibaratkan seperti kita sedang berdiet. 


Jadi, gunakan bulan puasa ini dengan baik dan sempurna. Tidak lupa juga, hayati betul-betul erti bulan puasa ini. Jangan anda makan seperti gambar diatas ini sudahlah ye...

No comments