Memandu Secara Perlahan Membahayakan - Terowong Informasi

Breaking News

Memandu Secara Perlahan Membahayakan


Hari ini, pasti ramai yang berpusu-pusu pulang ke rumah setelah lama bercuti semperna hari raya Aidilfitri. Rasa penat dan letih pada badan memang terasa sangat. Jika anda tidak mengatur perjalanan anda dengan betul, ia boleh menambahkan penat anda itu nanti. Kebanyakkan pemandu dan penunggang motosikal akan memilih lebuhraya sebagai jalan altenatif untuk pulang ke kampung.

Semasa anda di lebuhraya, pasti anda dapat melihat gelagat cara pemanduan orang lain di jalan raya. Ada yang memandu macam nak gila dan ada juga memandu macam makan angin. Ia pasti menyakitkan hati anda. Lebuhraya di Malaysia, had kelajuan maksimum dibenarkan adalah 110km/j manakala jalan persekutuan adalah 80km/j. Itu adalah had maksimum tetapi kenapa tiada had minimum kelajuan di jalan raya dan lebuh raya?

Bro Nasa rasa, kerajaan Malaysia perlu buat undang-undang baru had minimum memandu di lebuh raya. Bukan apa, Bro Nasa pernah terjumpa pemandu di lebuh raya memandu dengan kelajuan 50km/j. Terlalu perlahan dan membahayakan pemandu lain. Kenapa?

Cuba anda fikirkan, had kelajuan dibenarkan 110km/j. Majoriti pemandu akan memandu di lebuhraya adalah lingkungan 80km/j-100km/j. Anda pula sedang memandu di lorong kiri dan tiba-tiba pemandu dihadapan anda memandu terlalu perlahan iaitu 50km/j. Anda sudah tentulah akan memotong ke sebelah kanan tetapi kenderaan di sebelah kanan memang laju-laju belaka. Pasti ia menyukarkan anda untuk memotong. Ia boleh menyebabkan faktor kemalangan jalan raya jika pemandu di sebelah kanan tidak sempat memperlahankan kenderaan tersebut. Kebanyakkan kemalangan maut adalah ketika memotong. Jika tiada yang memandu terlalu perlahan, tiada pemandu akan bertindak memotong kenderaan lain.
Kesimpulan yang Bro Nasa boleh katakan, memandu perlahan sebenarnya membahayakan pemandu lain. Jangan fikirkan kepentingan diri sendiri dan ingatlah pemandu yang lain. Jangan sebab anda memandu perlahan, pemandu lain tergadai nyawa.

7 comments

pingu said...

aku sgt setuju.. yg memandu 50 km/j tu hampeh layak guna jalan lama je.. geram aku

Terowong Informasi said...

bukan kita je geram..pemandu lain juga geram...

Iwan said...

lagi sakit hati kalo kite dah highbeam dan hon.. dia buat dek aje...

Terowong Informasi said...

iwan, bukan wat dek aje..siap mara kita balik tu...dia ingat bapak dia punya jalan agaknya

Unknown said...

lagi teruk dah memandu perlahan guna pulak lorong kanan..perh!!panas2

Terowong Informasi said...

tu pun satu yang menyakitkan hati encik cool..

Izwa Kamaruddin said...

SERIUS...memandu perlahan ni amat la mengantuk.....